Aktres terkemuka Amerika Syarikat (AS) tidak ragu-ragu memberikan pujian luar biasa kepada aktor hebat Korea Selatan, Lee Jun Ki terhadap dedikasinya dalam lakonan.

Pada satu temu bual baru-baru ini, Milla memberi pujian melambung terhadap aktor terbabit yang turut bersama membintangi francais akan datang filem Resident Evil.

Filem itu juga adalah filem Hollywood pertama lakonan Jun Ki.

Paling dipuji Milla adalah kemahiran seni mempertahankan diri aktor terbabit di mana baginya ia sangat memberi inspirasi. Biarpun berwajah jambu, Jun Ki jelas cemerlang melakukan pelbagai karakter.

Jun Ki sendiri tidak ketinggalan memuat naik sedutan temu bual berkenaan di akaun Instagram peribadinya dan berterima kasih kepada Milla.

Terdahulu, Milla pernah memuat naik kenyataan memuji kehebatan aktor itu ketika mereka berada di set penggambaran untuk filem berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 5:42 AM