WALAUPUN jadual padat Ruhainies puas demi penuhi impiannya beli kediaman buat ibu bapanya.
WALAUPUN jadual padat Ruhainies puas demi penuhi impiannya beli kediaman buat ibu bapanya.

Tahun 2016 menjadi tahun cukup bermakna buat pelakon Ruhainies, 24, apabila bukan sahaja tercalon dalam beberapa anugerah, malah jadual kerjanya juga padat.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, buat masa sekarang dia sudah bersetuju membintangi beberapa drama dan telefilem sehingga Jun tahun depan.

Disebabkan itu, Ruhainies yang mula popular menerusi drama Hello Mr Perfect tidak berpeluang untuk pergi bercuti.

“Tahun ini saya tak sempat pergi bercuti atau ambil cuti langsung. Kalau ada pun hanya sehari dua. Itu pun saya duduk di rumah saja. Bukan apa, saya sibuk menjalani penggambaran drama sejak awal tahun hingga sekarang. Ditambah pula beberapa program yang menjemput saya sebagai artis undangan.

“Sekarang jadual kerja saya padat hingga Jun tahun depan. Saya juga bakal membintangi drama bersiri 30 episod berjudul Mr Delicious. Selain itu, saya juga terbabit dalam dua telefilem. Kalau nak berehat pun tunggu semua kerja selesai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 5:48 AM