ANGGOTA asal Headwind (dari kiri) Zulkif, Nicky, Zainal, Kudin dan Razak.
ANGGOTA asal Headwind (dari kiri) Zulkif, Nicky, Zainal, Kudin dan Razak.

Bagi meraikan pembabitannya lebih tiga dekad dalam industri muzik, Zainal Abidin, 57, akan mengadakan konsert The Musical Journey of Zainal Abidin- 35th Anniversary Concert pada 25 Februari tahun depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu akan mengimbau perjalanan kerjaya Zainal sejak dia berusia 15 tahun hingga sekarang.

Bersama kumpulan Headwind, Zainal mencipta nama dan populariti namun selepas 10 tahun mereka bersama, Zainal meninggalkan kumpulan itu untuk meneruskan kerjaya solo.

Namun, perpisahan yang terjadi tidak bermakna persahabatan mereka terputus, malah hubungan mereka terus akrab.

Walaupun persahabatan mereka ada ‘jatuh bangun’ namun itu adalah adat dalam mana-mana perhubungan pun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2016 @ 5:00 AM