Azwan Khan (tiga dari kiri) bersama Zalman Aefendy (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Xpax Sim Starter, hari ini. FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad, melancarkan produk baharunya, pelan pra bayar, pek Xpax Sim Starter yang menawarkan Internet asas percuma 10GB dan 10GB untuk Facebook.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Xpax baharu itu memberi pelanggan akses mudah bagi perkhidmatan Internet pra bayar dari serendah RM10.

Katanya, selain itu Xpax menyediakan pelan Internet berpatutan tanpa pecahan kuota atau penggunaan terhad untuk data.

"Bagi pelanggan yang membeli Xpax Sim Starter pada harga hanya RM10, mereka boleh terus menikmati 10GB Facebook dan 10GB Internet asas.

"Manakala, bagi pelanggan sedia ada Xpax mereka boleh membeli pelan Internet mampu milik yang disediakan antaranya, pelan harian, mingguan dan bulanan dengan harga RM3 (1GB), RM10 (2GB) dan RM30 (5GB) serta RM50 (10GB) masing-masing," katanya di majlis pelancaran Xpax Sim Starter di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azwan Khan Osman Khan.

Xpax Sim Starter boleh didapati di lebih 10,000 outlet Celcom di seluruh negara bermula hari ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.xpax.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 3:07 PM