Ahmad Zahid. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor (gambar fail)
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kerajaan bersetuju menubuhkan pasukan petugas Akta Anti-pemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) mulai tahun depan bagi memperkasakan siasatan dan

penguatkuasaan akta berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan petugas berkenaan

akan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa iaitu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) bagi tujuan berkenaan.

Katanya, perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC)

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bilangan 2, 2016 yang

dipengerusikan beliau, hari ini.

"Terdapat peningkatan jumlah sabitan kes pemerdagangan orang bagi 2016 iaitu sebanyak 97 sabitan

kes terdiri daripada 76 sabitan kes pemerdagangan orang dan sembilan sabitan mengikut kes

penyeludupan migran.

"Ia termasuk kes di Wang Kelian, dan 12 sabitan kes mengikut Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan

Akta lain yang berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama erat dan komitmen berterusan ahli

MAPO terutama Timbalan Pendakwa Raya, pegawai penguat kuasa dan pegawai pegawai Pelindung kepada mangsa pemerdagangan orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 4:10 PM