GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuching: Guru wanita yang dipertanggungjawabkan membuat analisis PT3 sekolah menengah di Matangg Jaya dekat sini, rebah pengsan sebelum sempat menyerahkan analisis keputusan kepada penolong kanan sekolah itu pagi ini.

Guru wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sempat mengagihkan keputusan kepada guru-guru kelas yang terlibat di SMK Matang Hilir.

Bagaimanapun, beliau dikatakan rebah di bilik am sekolah itu, sebelum sempat menyerahkan analisis keputusan kepada penolong kanan sekolah.

Beliau diberikan bantuan penafasan oleh pasukan perubatan yang tiba, sebelum dikejarkan ke hospital, menurut beberapa orang guru yang ditemui di sekolah itu.

Sehingga tengah hari tadi, guru wanita itu dikatakan masih belum sedar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 4:44 PM