MARCELL Siahaan. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Syafil Syazwan Jefri


Hampir 15 tahun mencipta dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik, nama Marcell Siahaan terus segar seperti pada awal kemunculannya menerusi lagu Hanya Memuji, duet bersama Shanty.

Menerusi lagu itu jugalah nama Marcell turut berkembang dan menerima tempias populariti bukan sahaja di negara kelahirannya, Indonesia, bahkan sehingga ke Malaysia.

Kali ini, penyanyi berusia 39 tahun ini kembali ke Malaysia bagi mempromosikan single terbarunya, Belahan Jiwaku serta album terbarunya, Jadi Milikku.

Mengakui setiap hari industri muzik Indonesia dihangatkan dengan kehadiran penyanyi baru dengan idea serta cita rasa lebih segar bagi memenuhi kehendak pendengar, itu tidak pernah menggentarkan Marcell atau nama sebenarnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan.

“Lebih sedekad saya berada dalam industri muzik, ramai juga yang bertanya sama ada saya gentar dengan kehadiran muka baru. Namun, jawapan saya tidak sama sekali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 7:41 AM