RAKAMAN CCTV menunjukkan lelaki yang dipercayai memecah masuk surau.
RAKAMAN CCTV menunjukkan lelaki yang dipercayai memecah masuk surau.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Sungai Buloh: Bawa bersama gergaji elektrik mudah alih untuk memecahkan tabung derma milik Surau Al-Falah, Puncak Alam, di sini.

Itu gelagat ‘toyol’ lelaki berusia 30-an yang dikesan melarikan wang derma orang ramai dianggarkan lebih RM400.

Kejadian pada jam 8.30 pagi kelmarin, disedari ahli jawatankuasa dan timbalan pengerusi surau yang masuk ke dalam surau untuk memastikan kipas serta lampu ditutup dengan baik.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, mereka terkejut sejurus mendapati tabung derma diletakkan di tiang surau diumpil.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati stor di belakang surau turut diumpil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 8:12 AM