FOTO sumber Facebook.
Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 31 Disember ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi laman Facebook milik PPj kira-kira dua jam lalu.

"PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia, akan tetapi program sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 adalah program penganjur luar.

"PPj sedang dalam usaha untuk berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 ini," katanya.

Baru-baru ini, terdapat desakan daripada pelbagai pihak dan orang awam menerusi Internet termasuk Facebook meminta supaya sambutan Ambang 2015 di Putrajaya yang akan berlangsung pada 31 Disember ini dibatalkan.

Desakan yang dibuat adalah berikutan banjir melanda beberapa negeri di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:35 PM