DARI kiri, jurupandu Iran, Muhamad Alif dan Mohd Khafiz. Gambar kanan, penduduk tempatan diberikan gambar Ramli bagi memudahkan pencarian.
DARI kiri, jurupandu Iran, Muhamad Alif dan Mohd Khafiz. Gambar kanan, penduduk tempatan diberikan gambar Ramli bagi memudahkan pencarian.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Kembara dua sahabat yang terbang ke Gunung Damavand, Iran untuk mencari pendaki negara yang hilang, Ramli Abd Majid, 44, memasuki fasa pertama semalam apabila mula mengedarkan gambar lelaki itu di sekitar kawasan kampung pergunungan itu.

Mohd Khafiz Bachok, 38, berkata, kebanyakan penduduk di perkampungan Nandal utara adalah pengembala kambing dan mereka sedia maklum berhubung kehilangan Ketua Jurutera Sistem Proton, Shah Alam itu.

“Kebiasaan pengembala kambing membawa hasil ternakan di kaki gunung pada musim panas dan luruh.

“Tetapi buat masa sekarang mereka tidak mendekati kawasan pergunungan ketika musim sejuk dan pencarian kami lebih sukar kerana tiada sebarang petunjuk boleh didapati daripada penduduk,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Kelmarin, Mohd Khafiz dan Muhamad Aliff Abdullah, 29, berlepas ke Tehran, Iran untuk misi mencari Ramli yang hilang selama 31 hari di pergunungan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 8:22 AM