ORANG ramai mengharungi banjir di Bandar Kota Bharu. FOTO Bernama
ORANG ramai mengharungi banjir di Bandar Kota Bharu. FOTO Bernama
Oleh Nurul Huda Kosnon

Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher mengesahkan bahawa Hospital Kuala Krai, Kelantan tidak ditenggelami air akibat banjir.

Beliau berkata, banjir yang melanda kawasan di sekeliling hospital menyebabkan kawasan berkenaan mula ditenggelami air.

"Terdapat anggota, pesakit dan orang ramai berlindung di hospital itu untuk mengelak kejadian tidak diingini ekoran banjir yang semakin teruk sekitar Kuala Krai.

"Pihak kami juga masih menunggu kehadiran pasukan menyelamat termasuk anggota Bomba Dan Penyelamat Kelantan untuk memindahkan mereka yang berada dalam hospital berkenaan juga mendapatkan bekalan makanan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, terdapat tiga pesakit yang kritikal dan perlu dipindahkan segera ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 11:52 PM