SEORANG peserta cuba memadamkan api pada tubuh mangsa. - DM
Agensi

New Delhi: Seorang lelaki kini bertarung nyawa apabila secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri ketika cuba membakar patung ketika tunjuk perasaan membantah kerajaan.

Sukhminder Singh Mann menyertai tunjuk perasaan untuk membantah kontrak guru di Bathinda, India.

Malangnya petrol yang disimbah turut terkena pada baju serta seluar jean dipakainya menyebabkan dia turut disambar api ketika cuba menyalakan patung berkenaan yang digunakan untuk menggambarkan kerajaan Punjab.

Panik dengan keadaan itu, Sukhminder mula meraung menyebabkan orang ramai bergegas cuba memadamkan kebakaran sebelum mengejarkannya ke hospital.

Peserta tunjuk perasaan itu mendakwa kerajaan Punjab gagal melaksanakan janji untuk menyerap mereka ke jawatan tetap selepas menamatkan kontrak dua tahun dengan kerajaan negeri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 7:55 AM