Muhamad Izzat Nasuruden


Cameron Highlands : Kerja pembersihan tanah runtuh di Banglo Sharples Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlaku di sini, semalam giat dijalankan bermula pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, kawasan berkenaan masih lagi ditutup manakala kesemua 13 penghuni rumah berkenaan ditempatkan di banglo milik TNB yang terletak di kawasan berhampiran.

Katanya, pihaknya dalam keadaan bersiap sedia dan sentiasa memantau sebarang pergerakan tanah dari semasa ke semasa.

"Buat masa ini pihak TNB sedang membersihkan dan mengalihkan tanah runtuh yang melanda di kawasan rumah banglo ini.

"Empat kereta terperangkap akibat tanah runtuh ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

PEMBERSIHAN kawasan sedang dijalankan. FOTO L Manimaran
PEMBERSIHAN kawasan sedang dijalankan. FOTO L Manimaran

Muhamad Haziq berkata, risiko tanah runtuh itu berulang amat tinggi sekiranya hujan lebat berlaku.

Katanya, setakat 1 tengah hari tadi, pihaknya masih belum mengesan sebarang pergerakan tanah berlaku di kawasan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 1:55 PM
KERJA pembersihan di rumah Banglo Sharples TNB selepas dilanda tanah runtuh. FOTO L Manimaran
KERJA pembersihan di rumah Banglo Sharples TNB selepas dilanda tanah runtuh. FOTO L Manimaran