ANGGOTA Bomba membantu menurunkan mangsa dari atas bumbung rumah teres dalam cubaan terjun membunuh diri. FOTO ihsan Bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Petra Jaya: Lelaki berjaya dipujuk bomba daripada terjun dari bumbung rumah di Bandar Baru Samariang, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku 12.30 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dipanggil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk lelaki, 23, terbabit.

"Pada mulanya lelaki terbabit dilihat naik ke bumbung rumah teres sebelum mengugut untuk terjun. Pujukan keluarganya tidak berjaya sehingga bomba terpaksa dipanggil.

"Selepas berjaya dipujuk, lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 4:21 PM