Keadaan trek pendakian di Gunung Damavand, Iran (gambar kecil) dan pertemuan pasukan SAR dengan penduduk sekitar dalam usaha mencari petunjuk baru. FOTO ihsan Mohd Khafiz
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Tiada sebarang petunjuk baru ditemui berhubung pencarian seorang lagi pendaki negara yang masih hilang, Ramli Abd Majid, 44, di Gunung Damavand, Iran.

Ketua Ekspedisi Pencarian, Mohd Khafiz Bachok, 38, berkata pihaknya sudah melakukan carian di lokasi Allahyarham Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dipercayai terjatuh namun tiada sebarang petunjuk ditemui.

“€œKami sudah sampai di lokasi Allahyarham (Syed Redzuan) diperaaayi terjatuh iaitu pada ketinggian 4,100 meter namun tiada apa-apa petunjuk.

“€œMisi pencarian juga terpaksa ditangguhkan dan kami perlu turun semula berikutan cuaca buruk.

“€œBerikutan itu, kami akan mengadakan perbincangan dengan kedutaan dan Red Cresent mengenai misi ini dan melakukan perancangan semula,” katanya.

Minggu lalu, Mohd Khafiz dan rakannya, Muhamad Aliff Abdullah, 29, berlepas ke Tehran, Iran untuk misi mencari Ramli yang hilang selama 31 hari di pergunungan itu.

Dalam kejadian 21 November lalu itu, pendaki, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli tidak kembali ke Kem 3 yang terletak pada ketinggian 4,200 meter di pergunungan itu.

Bagaimanapun, mayat Syed Redzuan ditemui di Yakhar Glacier jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (jam 5.45 petang), enam hari kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 4:46 PM