Oleh Norhayati Nordin

Melihatkan pakej yang ada pada dirinya, pasti ramai yang mahu mendekati pelakon bernama Ayda Jebat ini.

Bertubuh kurus, berkulit putih dan mudah mesra, semestinya ramai pemuda ingin mencuba nasib.

Namun, hingga sekarang bintang drama Rindu Awak 200 Peratus ini masih solo dan hatinya belum dimiliki sesiapa lagi.

Apakah dengan populariti dimiliki membuatkan Ayda bersikap memilih?

Bersua dengan gadis jelita dan petah berbicara ini pada sesi fotografi diatur, Ayda berkata, dia masih seperti dirinya yang dulu dan tiada apa yang berubah walaupun semakin dikenali ramai.

"Entahlah, sukar untuk saya membicarakan kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki jika mahu mendampingi saya. Lagipun saya masih muda, baru berusia 22 tahun dan belum terfikir untuk menjalin hubungan serius seperti cinta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 2:17 PM