Amir Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Penyunting Eksekutif Harian Metro Kamarul Efindi Badarudin meninggal dunia 5.12 petang tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, di sini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat menghidap kanser kelenjar sejak dua tahun lalu.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi ayahnya Badarudin Said, 68, dan ibu Noorshiah Ghazali, 61.

Turut bersama di sisi arwah ialah bekas isterinya Zuleeyana Adam, 38, dan dua anaknya iaitu Arfan Mukhriz, 7, dan Aliff Iskandar, 12.

Allahyarham anak sulung daripada empat beradik dan turut menemaninya di wad ialah tiga adiknya Azrul Khairi, 36; Amirul, 25, dan Mohd Faizal, 30.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 6:26 PM
Kamarul Efindi meninggal dunia akibat kanser kelenjar petang tadi.
Kamarul Efindi meninggal dunia akibat kanser kelenjar petang tadi.
Digital NSTP Subscribe