RANGKAIAN produk penjagaan wajah Clarins.
RANGKAIAN produk penjagaan wajah Clarins.

Selain sambutan Krismas yang baru saja berlalu, kedatangan tahun baru 2017 pasti dinanti-nantikan. Masing-masing dengan perancangan tersendiri ada juga yang mahu menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga.

Jika meraikan bersama keluarga atau si dia apa kata anda hadiahkan mereka set penjagaan wajah dan badan Clarins, agar orang tersayang kelihatan cantik dan menawan setiap hari.

Antaranya pembersih wajah dou DS, Duo Shaping Facial Lift, Duo Limited UV Pink, Hydration Gel Essentials dan Perfect Bust Dou.

Pembersih wajah Duo DS memberikan kesegaran pada kulit dan sesuai untuk kulit kering. Bahan berbuih serta kandungan mentega shea menghapuskan kotoran dan solekan tanpa membiarkan keseimbangan lembapan semula jadi hilang. Hadir dengan pembersih muka dan losen penyegar pada harga RM183.

Duo Shaping Facial Lift menggabungkan tiga pati tumbuhan iaitu guarana, halia dan pati kaki. Ia membantu mengurangkan bengkak sehingga mampu membentuk wajah menjadi lebih runcing. Dijual pada harga RM669.

Bagi yang mengalami masalah kulit gelap akibat sinaran matahari boleh mendapatkan Duo Limited UV Pimk yang bertindak melindungi daripada pancaran UV. Dibangunkan khusus untuk kulit wanita Asia, ia diperkaya ekstrak tumbuhan. Produk ini berharga RM306.

Produk rangkaian gel penghidratan, membantu mengukuhkan permukaan kulit dan memberikan kesegaran berpanjangan. Meningkatkan keupayaan kulit untuk memulihkan sekalipun memberikan keselesaan, kelembutan dan tampil muda.

Semua produk Clarins berkenaan kini boleh didapati di semua kaunter Clarins seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 5:38 AM