FOTO Zulfa Mohammad
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Kawasan penemuan ribuan kulit kepah di Kampung Guar Kepah, dekat sini, pagi tadi bakal menjadi lokasi kajian mengenai penempatan awal penduduk di Seberang Perai.

Selain menjadi asal nama Kampung Guar Kepah, tapak berkenaan turut dipercayai lebih tua dari tapak sejarah Lembah Bujang, Kedah.

Sumber Jabatan Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, penemuan ribuan serpihan kulit kepah di tapak rumah kosong pagi tadi menguatkan lagi dakwaan bahawa kawasan berkenaan menjadi tempat penempatan awal di Seberang Perai.

Katanya, kawasan tapak berkenaan sebelum ini digelar Bukit Kepah kerana terlalu banyak kulit hidupan laut itu selain berhampiran Sungai Muda yang menjadi pengangkutan utama ketika dulu.

"Kawasan tapak penemuan kulit kepah akan menjadi lokasi kajian sejarah penting di Seberang Perai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 1:15 PM