DONG ditahan polis. - Agensi
Agensi

Beijing: Seorang lelaki ditangkap di utara China kerana disyaki membunuh kekasihnya serta anak wanita berkenaan selain mencuri wang berjumlah 1.8 juta yuan (RM1.2 juta) dari akaun bank mangsa.

Lelaki dikenali sebagai Dong dan rakannya Liu ditahan polis di Shijiazhuang, wilayah Hebei, lapor Hebei Television.

Dia dipercayai membunuh wanita berusia 45 tahun itu dengan menetaknya menggunakan pisau pemotong daging pada 20 April lalu ketika satu pertengkaran.

Menurut laporan itu, Dong kemudian mengerat mayat mangsa pada keesokannya sebelum dicampak ke dalam sungai.

Kerana bimbang perbuatannya diketahui, Dong mencekik mati anak lelaki wanita terbabit berusia 20-an dengan bantuan rakannya Liu.

Mayat lelaki terbabit ditanam di kawasan perkampungan sebelum Dong mengosongkan akaun bank kekasihnya dan menjual kereta wanita itu untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Polis menyiasat kes itu selepas menerima laporan mengenai sisa mayat manusia yang ditemui di atas pulau kecil di sungai berkenaan.

Wang tunai berjumlah lebih 1.5 juta yuan ditemui di rumah Dong selepas dia ditangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:06 AM