DIANGGARKAN kira-kira dua juta Rohingya melarikan diri. FOTO AP
Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Lebih 5,000 kanak-kanak etnik Rohingya berdepan krisis kekurangan makanan berkhasiat dan tambah menakutkan apabila anak kecil ini tidak mendapat bantuan perubatan secukupnya termasuk suntikan vaksin bagi penyakit berbahaya.

Selain kanak-kanak, dianggarkan lebih 70,000 masyarakat etnik terbabit turut berdepan masalah sama iaitu kekurangan makanan bernutrisi dan ketiadaan keperluan asas.

Krisis kemanusiaan terburuk itu memperlihatkan kaedah ‘halus’ yang digunakan kerajaan Myanmar dalam menghapuskan etnik Rohingya secara sistematik dengan menyekat bantuan makanan yang ingin disalurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

Perkara itu didedahkan Pengarah Eksekutif Jaringan Hak Asasi Manusia Burma (BHRN), Kyaw Win berhubung situasi terkini etnik berkenaan yang menghadapi krisis makanan paling buruk dalam sejarah dunia.

“Berdasarkan data BHRN, kita menganggarkan kira-kira dua juta rakyat Rohingya sudah melarikan diri dari negara mereka dan mencari lokasi baru membabitkan negara lain antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Eropah lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 6:35 AM