ANNUAR Musa. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mahu membentuk konsortium penaja bagi mencari dana untuk pasukan Kelantan.

Beliau berkata, konsortium itu untuk menghimpunkan penaja yang sudi bersama syarikatnya, Al-Hamra bagi membantu The Red Warriors (TRW).

“Al-Hamra perlu lakukan sesuatu... mungkin membentuk penaja yang sudi bersama menghimpunkan dana beberapa juta bagi TRW kembali bernafas. Berlakon atau tidak, duit tunai kena ada untuk gaji, tiket kapal terbang, hotel dan lain-lain bila Liga Malaysia (Liga-M) bermula dua minggu lagi.

“Lebih mahal lagi kalau TRW mahu mendapatkan khidmat pemain import. Tanpa import pasti TRW kena belasah dan turun ke Liga Perdana 2018,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 6:36 AM