Ahmad Zahid (depan) diiringi Ahmad Razif (kanan) melihat maklumat mangsa banjir di Pusat Bencana Banjir Kampung Bukit Tadok. FOTO Ghazali Kori
Helmy Abd Rahman

Hulu Terengganu: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan tugasan pertama dengan cemerlang apabila dapat menyelaraskan bantuan banjir di beberapa negeri dengan cepat dan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa simulasi banjir dilakukan beberapa agensi dengan diselaraskan oleh NADMA turut membantu menangani banjir pada kali ini.

"Apa yang dilakukan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) ialah mempercepatkan bantuan kepada mangsa bencana.

"NADMA juga bekerjasama dengan beberapa agensi untuk memberi amaran awal supaya mangsa tidak perlu menunggu sehingga air sampai ke muka pintu untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya pada sidang media ketika melawat magsa banjir di pusat pemindahan sementara di Kampung Bukit Tadok di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 9:05 PM