MISI pencarian Ramli (gambar kecil) ditangguhkan.
MISI pencarian Ramli (gambar kecil) ditangguhkan.
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: “Jika diberi peluang, memang saya akan meneruskan pencarian di Gunung Damavand (Iran), tetapi bergantung kepada keputusan Kedutaan dan pihak Palang Merah Iran.”

Itu luahan Ketua Ekspedisi, Mohd Khafiz Bachok, 38, berhubung seorang lagi pendaki negara yang masih hilang di pergunungan itu lebih sebulan lalu.

Menurutnya, keputusan untuk menyertai misi pencarian itu bukan keputusannya, namun ia dibuat atas persetujuan banyak pihak termasuk pihak berkuasa di Iran.

“Jika wujud keperluan untuk saya, pasukan ekspedisi dan keluarga pendaki (yang hilang), kami akan pergi ke Iran. Secara umumnya, saya bersedia untuk meneruskan misi.

“Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada keputusan pihak Kedutaan dan Palang Merah. Misi pencarian terpaksa ditangguhkan kerana berisiko tinggi berikutan musim sejuk,” katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 8:35 AM