Mustapa melawat mangsa banjir di Rantau Panjang. FOTO Syamsi Suhaimi
Mustapa melawat mangsa banjir di Rantau Panjang. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


Rantau Panjang: Pengurusan banjir di Kelantan membabitkan pelbagai agensi berada pada tahap terbaik.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tinjauan yang dibuat pihaknya mendapati agihan bantuan dan operasi menyelamat mangsa banjir berjalan lancar.

Katanya, ini adalah hasil kerjasama membabitkan pelbagai agensi, Kerajaan Persekutuan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Setakat ini, saya lihat pengurusan membantu mangsa banjir dari segi makanan, kesihatan dan segala keperluan berada pada tahap terbaik.

“Di Kelantan kita agak mahir untuk menguruskan bencana banjir bagi memastikan keperluan mangsa banjir terjaga," katanya selepas meninjau keadaan banjir di sekitar bandar Rantau Panjang di sini tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 6:20 PM