Shafruddin ketika mengadakan tinjauan banjir di Kampung Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Nurul Fatihah Sulaini


Permaisuri: Tiga sekolah rendah di Terengganu masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah ditenggelami air.

Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (SKKB) di sini, Sekolah Kebangsaan Sungai Las (SKSL) di Sungai Tong dan Sekolah Kebangsaan Getang di Hulu Terengganu.

Menurutnya, seramai 317 murid dengan 58 guru terbabit dan tidak dapat meneruskan sesi persekolahan dalam proses penutupan itu.

"SKKB dan SKSL ditutup kerana jalan ditenggelami air sementara Sekolah Kebangsaan Getang, air melimpahi kawasan sekolah," katanya yang ditemui ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Besut, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 8:13 PM