Penduduk di Jalan Sekolah Cina, Rantau Panjang mengharungi air sedalam satu meter yang melimpah dari Sungai Golok akibat hujan yang berterusan sejak Jumaat lalu. FOTO SYAMSI SUHAIMI
Penduduk di Jalan Sekolah Cina, Rantau Panjang mengharungi air sedalam satu meter yang melimpah dari Sungai Golok akibat hujan yang berterusan sejak Jumaat lalu. FOTO SYAMSI SUHAIMI
Muhamaad Razis Ismail

[email protected] com.my

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 3,474 orang sehingga jam 9 malam berbanding 1,339 orang jam 6 petang tadi.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan semua 1,224 keluarga ini ditempatkan di 35 PPS di enam daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Jeli dan Pasir Puteh.

Daerah Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2064 mangsa membabitkan 854 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS.

Dua sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard mencatatkan 16.4 meter (m) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang 10.23m.

Lima jalan di Pasir Mas ditutup iaitu di Jalan Banggol Kulim, Jalan Kota Bharu- Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Jalan Bunga Raya dan Jalan Pohon Tanjung- Rantau Panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 10:02 PM