Beberapa media dilaporkan bengang dengan Jessica yang tidak memberi kerjasama kepada mereka pada acara bersama peminat anjuran syarikatnya, Blanc & Eclare di pusat beli-belah Lotte, Isnin lalu.

Seorang wartawan melaporkan, Jessica gagal menggunakan kelebihan mengundang media ke acara itu, sebaliknya meminggirkan wartawan tanpa rasa bersalah.

Jessica dikatakan tiba lewat, menyebabkan acara bermula lewat. Pihak media tidak dibenarkan mengambil fotonya ketika acara bertemu peminat dan hanya diberi 10 saat untuk mengambil foto rasmi sebelum acara berlangsung.

Situasi itu membuatkan ramai wartawan marah dan meninggalkan majlis. Mereka juga sepakat enggan mengeluarkan foto berkaitan acara itu.

Difahamkan, tiada pihak bertanggung jawab mengurus acara lantas membuatkan ia tidak terurus. Malah, ada dakwaan ia diurus Jessica dan syarikat fesyennya tanpa pembabitan agensinya, SM Entertainment.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:00 AM