Keadaan lalulintas di jalan Kota Bharu - Machang dekat Tok Bok yang dinaiki air akibat limpahan dari Sungai Kelantan yang semakin meningkat sejak beberapa hari lalu. FOTO FARIS ZAINULDIN
Keadaan lalulintas di jalan Kota Bharu - Machang dekat Tok Bok yang dinaiki air akibat limpahan dari Sungai Kelantan yang semakin meningkat sejak beberapa hari lalu. FOTO FARIS ZAINULDIN
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus meningkat kepada 6,980 orang sehingga 9 malam berbanding 5,988 orang 6 petang tadi.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan Pasir Mas sebagai daerah tertinggi menempatkan 3,906 orang di 24 PPS diikuti Kuala Krai dengan 1,100 orang di 10 PPS.

Lain-lain daerah adalah Tanah Merah seramai 726 mangsa, Machang (703), Kota Bharu (233), Pasir Puteh (186), Jeli (57), Bachok (46) dan Tumpat (23).

Sementara itu, bacaan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Kursial, Tanah Merah terus meningkat melepasi paras bahaya iaitu pada 17.98 meter(m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.46m).

Dalam pada itu sebanyak 32 laluan ditutup masing-masing empatdi Kuala Krai, Machang (13) Pasir Mas (14), Tanah Merah (1).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 9:49 PM