Keadaan banjir di beberapa kawasan di Hulu Terengganu. FOTO Ghazali Kori
Keadaan banjir di beberapa kawasan di Hulu Terengganu. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Tujuh sungai utama di negeri ini mencatatkan peningkatan paras air mendadak sehingga melebihi tahap bahaya berikutan hujan berterusan sejak kelmarin.

Ia membabitkan sungai di daerah Besut (satu), Setiu (tiga), Hulu Terengganu (satu) dan Dungun (dua).

Menurut kenyataan banjir, etindakan.terengganu.gov.my, Sungai Besut di Jambatan Jertih berada pada paras 9.64m berbanding paras normal 2.3m.

Di Setiu, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri direkodkan melebihi paras bahaya 9.43m melebih 5.5m paras normal, Sungai Chalok di Jambatan Chalok (8.52 m berbanding 5m) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap pada paras 23.06 m melebihi 17m.

Sungai Telemong di Kuala Ping di Hulu Terengganu mencatatkan bacaan 21.33 m melebihi 16.5m.

Di Dungun, Sungai Dungun di Kuala Jengai pula mencatatkan paras sungai 22.59m pada paras bahaya berbanding 14m paras normal dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mencatatkan bacaan 12.95m melepasi paras normal 5 m.

Selain itu, lima sungai iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Sungai Besut di Kampung La, Sungai Berang di Kampung Menerong, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman mencapai paras berjaga-jaga.

Ketika ini, paras air di sungai utama negeri turut menunjukkan peningkatan berikutan hujan berterusan sejak kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 11:19 AM