Oleh Dr Ismail Thamby

Saya sering melakukan onani sejak remaja dan mengalami masalah pancutan terlalu awal. Adakah ini disebabkan kegiatan onani atau masalah lain? Saya pernah terbaca di Internet yang mendakwa onani bukan punca masalah pancutan pramatang, tetapi ada yang mengatakan onani punca semua ini. Bagaimana mahu pulihkan masalah ini?

Saya terlihat iklan produk yang dikatakan mampu mengatasi masalah ini, tetapi adakah ia mujarab atau sekadar promosi semata-mata?

Adakah onani punca gemuk, perut buncit dan paha besar kerana rakan saya pernah meneka saya kuat onani. Dan adakah dapat dikesan tanda orang yang kuat beronani? Jika perempuan melakukan onani, apa kesannya berbanding lelaki yang sering dikaitkan dengan masalah onani?

AIMAR

Banting, Selangor

Sejak kebelakangan ini, saya menerima banyak soalan mengenai onani daripada kaki onani macam anda. Mereka bertanya kerana mula rasa perubahan kepada diri, terutama kesihatan, serta masalah fungsi anggota kelamin yang merosot seperti anda alami.

Maklumat yang saya ketengahkan selama ini mengenai onani bukan rekaan. Ia maklumat sahih dan disokong dengan kajian serta pendapat pakar dalam bidang kesihatan seksual.

Merangsang anggota kelamin untuk keseronokan sendiri akan melemahkan zakar jika amalan itu kronik (kerap dilakukan).

Jadi apa yang berlaku kepada anda, iaitu cepat klimaks, antara kesan buruk onani. Mengenai perubahan berat badan, jika ada apa-apa yang luar biasa pasti membabitkan berat badan susut dan jarang obes.

Jadi, keadaan obes anda adalah semulajadi. Anda tak menyatakan sama ada berkahwin atau sebaliknya. Jika berkahwin dan cepat klimaks setiap kali melakukan seks, anda perlu mendapat rawatan.

Jika berkahwin, anda tidak perlu lakukan onani, sebaliknya fokus pada aktiviti seksual bersama pasangan dan bukan syok sendiri.

Malangnya bagi kebanyakan kaki onani, mereka masih mengamalkan onani walaupun berumah tangga. Mereka lebih seronok dengan rangsangan sendiri daripada beraksi dengan pasangan.

Lelaki yang biasa klimaks cepat rasa kurang yakin untuk bersama pasangan dan mereka teruskan amalan onani untuk memuaskan diri tanpa berfikir ia punca lemah syahwat dan cepat klimaks.

Mereka juga akan mencari segala suplemen atau apa saja produk yang diketengahkan sebagai produk ajaib kononnya dapat membantu memulihkan 'masalah' cepat klimaks.

Kebanyakan produk itu yang didakwa dapat membantu menguatkan tenaga syahwat hanya pembohongan.

Semuanya produk tiruan dan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Apa juga yang dinyatakan dalam iklan hanya rekaan.

Produk seperti ini bukan saja tiada kebaikan, sebaliknya ada beberapa kes lelaki mengalami masalah kesihatan dan alahan.

Lebih baik masuk ke laman profesional atau berjumpa doktor. Anda perlu jaga kesihatan dengan mengawal diri daripada belenggu onani yang anda sedia maklum akan merosakkan masa depan.

Anda perlu fikir mengenai diri sendiri dan bukan mengenai perempuan yang beronani kerana ia juga tidak sihat untuk diamalkan golongan itu.

Apabila ketagih dengan cara dilakukan, mereka tidak akan dapat mengecap keseronokan jika bersama pasangan.

Onani tidak baik untuk lelaki dan perempuan dan amalan ini perlu dihentikan secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:04 AM