Pasukan penyelamat membawa naik mayat Wan Rufkhan Danial yang ditemui. FOTO Ihsan Group Info Semasa Tumpat
Pasukan penyelamat membawa naik mayat Wan Rufkhan Danial yang ditemui. FOTO Ihsan Group Info Semasa Tumpat
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang semalam ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia jatuh di Sungai Kelantan dekat Kampung Laut, di sini, hari ini.

Mayatnya ditemui tersangkut di tiang Jeti Kampung Laut oleh pasukan penyelamat pada 1.40 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, mayat ditemui pasukan penyelamat di air (PPDA) yang melakukan operasi mencari di kawasan terbabit.

"Operasi ini turut membabitkan pelbagai agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) dan sukarelawan.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tumpat untuk siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Kira-kira 5 petang semalam, Wan Rufkhan Danial Wan Ramzan, 14, dilaporkan mandi manda bersama rakannya di Dataran Purnama dekat Kampung Laut yang dilimpahi air Sungai Kelantan sebelum tergelincir dan hanyut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 3:23 PM
Digital NSTP Subscribe