Mangsa banjir, Rokiah Salleh (tiga kanan) berehat bersama anggota keluarga dan jiran di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu.FOTO Sulaiman Laiman Jaafar.
Mangsa banjir, Rokiah Salleh (tiga kanan) berehat bersama anggota keluarga dan jiran di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu.FOTO Sulaiman Laiman Jaafar.
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan menurun sedikit menjadi 10,132 orang setakat jam 3 petang ini berbanding 10,790 orang, jam 12 tengah hari tadi.

Pengurangan jumlah itu susulan penutupan PPS di Jeli dan cuaca agak cerah di beberapa kawasan hari ini.

Menurut portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas terus menjadi daerah paling tinggi jumlah mangsa banjir apabila merekodkan 6,598 orang daripada 2,480 keluarga yang ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS).

Lain-lain daerah adalah Kuala Krai mencatatkan seramai 565 mangsa, Machang mencatatkan (247), Kota Bharu (712), Tanah Merah (600), Pasir Puteh( 571), Bachok (107) dan Tumpat (732).

Sementara itu, PPS Jeli yang menempatkan 23 mangsa ditutup sepenuhnya jam 11.51 pagi

Bacaan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Kusial, Tanah Merah merekodkan sedikit penuruan namun masih melepasi paras bahaya iaitu 16.75 meter(m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.34m).

Dalam pada itu sebanyak 30 laluan ditutup masing-masing lima di Machang, Pasir Mas (20), Pasir Puteh (3), Tumpat (1) dan Tanah Merah (1).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 3:32 PM