Mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Kampung Pengkalan Ajal. FOTO Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus masing-masing buka pusat pemindahan pertama pada petang ini bagi menempatkan 38 mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana memaklumkan seramai 11 mangsa daripada empat keluarga membabitkan lima lelaki dewasa dan enam wanita dewasa ditempatkan di Dewan Komuniti Bukit Petiti, Kuala Terengganu.

Seramai 27 mangsa daripada lapan keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntung, Kuala Nerus membabitkan 10 lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan dan seorang bayi perempuan.

Mengikut kenyataan banjir, etindakan.terengganu.gov.my pula, jumlah mangsa banjir di negeri itu sehingga 3 petang meningkat kepada 13,315 orang berbanding 12,001 tengah hari tadi.

Daerah Besut terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 5,330 mangsa daripada 1.454 keluarga ditempatkan di 58 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu juga meningkat daripada 2,993 orang kepada 4,056 orang di 31 pusat pemindahan manakala jumlah di Setiu pula kekal 2,850 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 4:56 PM