Pemangku Sultan Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. - Foto Ihsan ISTANA KELANTAN
Pemangku Sultan Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. - Foto Ihsan ISTANA KELANTAN
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Rantau Panjang: Pemangku Sultan Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra berkenan melawat mangsa banjir dan meninjau keadaan terkini bencana itu di sekitar Rantau Panjang, hari ini.

Baginda tiba pada 3.15 petang di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini, diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Azmi Osman.

Tengku Muhammad Fa-iz turut berkenan mendengar taklimat keadaan semasa banjir yang disampaikan Ketua Jajahan Pasir Mas Mohamed Nor Husin.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

Seramai 1,535 mangsa daripada 553 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan yang dibuka sejak tiga hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 9:11 PM