Kanak-kanak bermain air di Pekan Rantau Panjang. - Foto FATHIL ASRI.
Mangsa banjir dari Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan tiba di pusat pemindahan banjir SK Bunohan, Tumpat, dan kanan, keadaan banjir di pintu masuk satu kastam Pekan Rantau Panjang. - Foto SYAMSI SUHAIMI/ FATHIL ASRI.
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,739 orang pada 9 malam hari ini, berbanding 12,461 orang pada 6 petang.

Kesemua mangsa banjir membabitkan 4,335 keluarga ditempatkan di 62 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut portal eBanjir Kelantan, jumlah mangsa tertinggi masih di jajahan Pasir Mas iaitu 8,679 mangsa daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 PPS.

Jajahan lain ialah Tumpat, 1,965 mangsa, Kota Bharu (719), Pasir Puteh (539), Machang (373), Tanah Merah (314), Bachok (110) dan Kuala Krai (40)

Hanya satu sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang yang merekodkan 10.27 meter (m) manakala Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard yang merekodkan paras bahaya sejak Sabtu lalu menurun kepada paras amaran (15.77m).

Selain itu, 27 laluan masih ditutup di Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 11:10 PM