GERAI pameran Samsung di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas. FOTO AFP
GERAI pameran Samsung di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas. FOTO AFP
AFP

Seoul: Samsung Electronics hari ini mencatatkan anggaran keuntungan suku keempat yang kuat walaupun berlakunuya kemelut dengan telefon pintar Galaxy Note 7.

Syarikat pembuat cip memori terbesar di dunia menganggarkan untung kendalian semasa sebanyak 9.2 trilion won (RM34.9 bilion) bagi tempoh Oktober hingga Disember.

Jumlah itu meningkat 49.8 peratus berbanding tahun lalu.

Penganalisis meramalkan jualan besar cip memori dan skrin telefon pintar menyumbang kepada peningkatan kukuh itu walaupun telefon pintar Galaxy Note 7 ditarik balik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 9:43 AM