Sebahagian 1,441 daripada 653 keluarga mengambil makanan yang diagihkan oleh anggota bertugas di Pusat Pemindahan Sementara Banjir di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sri Rantau Panjang 2. FOTO Syamsi Suhaimi
Sebahagian 1,441 daripada 653 keluarga mengambil makanan yang diagihkan oleh anggota bertugas di Pusat Pemindahan Sementara Banjir di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sri Rantau Panjang 2. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menurun menjadi 13,455 orang jam 9 pagi berbanding 13,825 jam 12 tengah malam tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan sehingga kini 4,793 keluarga ditempatkan di 37 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Setakat jam 9 pagi, cuaca mendung dan hujan sekejap-sekejap di beberapa kawasan.

Pasir Mas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 9,656 mangsa membabitkan 3,599 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS, diikuti Tumpat iaitu seramai 3,559 mangsa.

Lain-lain daerah adalah Pasir Puteh seramai 173 orang, Machang (17) dan Kota Bharu (50).

Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan 9.89 meter sedikit menurun berbanding 10.03 meter (m) malam tadi.

Selain itu sebanyak 17 laluan masih ditutup untuk kenderaan masing-masing di Machang (1), Pasir Mas (14), Tumpat (1) dan Tanah Merah(1).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 10:17 AM
Digital NSTP Subscribe