Mohd Rizal Abdullah

Miri: Seorang  wanita maut manakala empat cedera dalam kebakaran bangunan kedai di Taman Jade Manis di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 7.20 mlam itu, Huong Siew Fong,21, maut apabila terjun dari tingkat dua bangunan kedai berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, mangsa menyewa bersama dua adik-beradiknya di tingkat tiga bangunan berkenaan.

"Dua adik-beradiknya selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.28 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng dan Miri ke lokasi.

"Kebakaran dapat dikawal pada 8.45 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 12:00 AM
Kebakaran di sebuah premis di Jalan Merbau, Miri. FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH
Kebakaran di sebuah premis di Jalan Merbau, Miri. FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH