KEUNIKANNYA melayakkan ia memenangi anugerah sifar karbon.
Hartini Mohd Nawi


Bayangkan di depan mata anda sebuah bangunan mesra alam yang melayakkannya memenangi anugerah sifar karbon.

Binaan Tata Steel yang terbaru di Port Talbort menempatkan ruang penyimpanan kerja keluli, pusat pelawat dan latihan sekali gus menjadikannya antara bangunan negatif karbon terbesar di Wales, United Kingdom.

Secara tidak langsung binaan itu membuka mata banyak pihak bahawa industri pengeluar keluli juga mampu mempertahankan suasana mesra alam tanpa meninggalkan kesan memudaratkan.

Malah persekitaran segar juga dapat dinikmati sebaik berada di kawasan itu. Kilang pembuatan keluli bersebelahan Tata Steel pula menyediakan kemudahan termasuk elektrik dan air.

Ia termasuk keperluan untuk pembangunan baru. Wap berlebihan dari relau dihalakan ke ruang lain dan ditukar menjadi air panas dalam tekanan rendah.

Gas dari kilang pembuatan keluli itu kemudian menjadi tenaga elektrik.

Keadaan itu menyebabkan wujud penyelenggaraan rendah dengan penggunaan material mesra alam.

Sementara produk keluli Tata Steel pula berupaya dikitar semula bagi mengalihkan semua sisa buangan dari tapak pelupusan secara positif ke tapak sifar karbon.

Tidak mengejutkan apabila bangunan yang dibina itu menerima pelbagai anugerah alam sekitar termasuk Projek Lestari CIBSE South Wales Tahun 2012.

Sekali gus menjadi contoh terbaik untuk penyelesaian keluli inovatif bergabung dengan kaedah pembinaan tradisional untuk pembangunan baru yang cekap tenaga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:03 AM