SEORANG kanak-kanak terjun di kawasan yang dinaiki air di Jakarta, semalam.  Beberapa kawasan sekitar ibu negara Indonesia itu banjir akibat hujan lebat sehari sebelum itu.
SEORANG kanak-kanak terjun di kawasan yang dinaiki air di Jakarta, semalam. Beberapa kawasan sekitar ibu negara Indonesia itu banjir akibat hujan lebat sehari sebelum itu.

Aceh: Sebahagian mangsa banjir di Aceh Timur mula pulang ke rumah masing-masing atas kehendak mereka, atas alasan untuk membersihkan rumah.

Mereka berbuat demikian atas alasan bah sudah mula surut.

Ketinggian air yang sebelum ini menenggelamkam beberapa kampung di daerah itu kini hanya sedalam 80 sentimeter.

Dalam pada itu, penduduk yang terbabit dalam bencana itu merayu kerajaan serius menghulurkan bantuan.

“Kami mohon kerajaan serius membantu. Kami berharap kerajaan hulurkan bantuan untuk membaiki rumah yang rosak akibat banjir, kata Sutimah, antara yang mengambil keputusan untuk pulang, semalam.

Sementara itu, keadaan di Aceh Utara masih belum pulih. Sehingga kelmarin, seramai 94,426 penduduk masih berada di pusat pemindahan.

Mereka terdiri daripada penduduk 285 kampung.

Di Bandung, Jawa Barat, seramai 14,278 penduduk masih berlindung di pusat pemindahan sementara memandangkan banjir yang melanda daerah itu sejak 10 hari lalu belum surut sepenuhnya.

Pegawai Hubungan Masyarakat Sutopo Purwo Nugroho berkata, tiga kawasan sekitar daerah berkenaan masih teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:08 AM