KAMARIAH melayan ibunya yang koma selepas terjatuh di bilik mandi.
KAMARIAH melayan ibunya yang koma selepas terjatuh di bilik mandi.
Muhammad Faiz Md Rodzi


Kuala Kedah: “Ibu memerlukan rawatan rapi, tapi apa boleh buat, saya tak ada duit. Dulu pernah pihak hospital nak bawa ibu ke hospital, tetapi dengan kos rawatan yang tinggi, saya terpaksa menolak,” kata Kamariah Md Yusof, 32, di Kampung Alor Imbus, Mukim Terbengau, di sini.

Ibunya, Inshah Sehak, 62, kini terlantar koma hampir dua bulan akibat tergelincir di bilik air dan mengharapkan bantuan bagi menampung kos keperluan serta perubatannya.

Kejadian jam 7 malam pada 21 November lalu itu menyebabkan ibunya mengalami pendarahan otak.

Kamariah berkata, dia tidak berkemampuan menyara keperluan asas dan rawatan ibunya kerana tidak bekerja selain mempunyai tiga anak manakala suaminya pula hanya bekerja buruh dengan pendapatan tidak menentu.

“Keperluan asas emak seperti lampin pakai buang dan makanan pun dah mencecah hampir RM500 sebulan. Suami saya bukan berkemampuan, cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:32 AM