Fardy Bungga


Kajang: Bayi lelaki masih mempunyai uri ditemui dekat pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.

Difahamkan, bayi baru lahir dan masih hidup itu ditemui lelaki yang berhenti di lokasi itu untuk menukar tayar kenderaan majikannya, pada 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata lelaki terbabit mendakwa terdengar tangisan bayi sebelum menemuinya yang masih berlumuran darah dalam longkang.

Katanya, lelaki itu kemudiannya mengambil bayi terbabit dan dibawa ke pejabat plaza tol berkenaan sebelum menghubungi polis serta Hospital Kajang untuk mendapatkan bantuan segera.

"Hasil siasatan, polis menahan wanita 32 tahun di Hospital Kajang untuk membantu siasatan.

"Wanita itu akan ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 1:37 PM