Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Lelaki dipercayai pesakit mental ditemui lemas di perairan depan sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Same Mad Samil, 26, ditemui terapung di perairan itu oleh orang awam, pada 6.16 pagi.

Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“€œPasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“€œHasil siasatan awal, mangsa memiliki masalah mental dan pemegang kad klinik psikiatri Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan,”€ katanya.

Mohd Azhar berkata, mayat dibawa ke HDOK untuk bedah siasat

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 4:19 PM