Pengarah PERHILITAN Terengganu, Mohd Hasdi Husin (kanan) melihat perangkap harimau yang dipasang. - Foto AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Ahmad Rabiul Zulkifli


Dungun: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menemui lebih 10 kesan tapak kaki harimau dipercayai haiwan sama dirakam sedang berehat berhampiran Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Bukit Besi di sini, baru-baru ini.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya berjaya mengesan tapak kaki haiwan berkenaan hari ini, berhampiran kawasan perangkap yang dipasang.

"Berdasarkan saiz tapak kaki harimau berkenaan, kami menjangka haiwan berkenaan seberat antara 50 hingga 80 kilogram," katanya.

Menurutnya, penemuan kesan tapak kaki itu mendorong pihaknya memperhebat dan memperluaskan kawasan operasi menjejak harimau berkenaan dengan memantau hingga ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Bukit Merah, Dungun.

Gambar harimau belang berkenaan yang sedang berehat di kawasan lapang dipercayai berhampiran susur keluar Bukit Besi, viral di media sosial minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 10:00 PM