MANGSA banjir, Rokiah Hussin, 62, (kiri) dan Hasliza Hashim, 39, menerima sumbangan di SK Sri Tumpat 2, semalam. FOTO Syamsi Suhaimi
MANGSA banjir, Rokiah Hussin, 62, (kiri) dan Hasliza Hashim, 39, menerima sumbangan di SK Sri Tumpat 2, semalam. FOTO Syamsi Suhaimi
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal 836 orang daripada 259 keluarga, seperti malam tadi.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan 772 mangsa di tiga PPS di Tumpat, manakala bakinya adalah mangsa banjir di dua PPS di Pasir Mas.

Cuaca cerah pagi ini dijangka membantu banjir di kawasan terjejas surut dan lebih ramai mangsa banjir dibenarkan pulang.

Paras air semua sungai di Kelantan juga sudah normal, kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang berada pada paras amaran dengan bacaan 8.24 meter berbanding normal 5 meter.

Hanya lima sekolah yang dijadikan PPS di daerah terjejas dan masih belum beroperasi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 8:46 AM
Digital NSTP Subscribe