GAMBAR hiasan
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Remaja perempuan patah kaki kiri selepas melompat dari kereta yang bergerak bagi mengelak dirogol rakan lelakinya di Kuala Baram di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa berusia 16 tahun bersama dua lelaki menaiki kereta ke arah Batu 1, Kuala Baram sebelum seorang daripada suspek cuba merogol mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya melompat dari kereta berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Menurutnya, tindakan itu mengakibatkan mangsa patah kaki kiri selain kecederaan pada kedua-dua tangan.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri oleh kedua-dua suspek untuk dirawat sebelum suspek melarikan diri.

"Polis masih berusaha mengesan kedua-dua suspek," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 8:57 AM