PAPAN tanda jadual penerbangan di Indonesia. FOTO Reuters
Oleh Aizat Sharif


Kuala Lumpur: Majoriti penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia yang hilang dalam pantauan radar di sekitar Laut Jawa awal pagi ini kebanyakkannya berasal dari negara Indonesia.

Pesawat bernombor pendaftaran QZ8501 itu membawa 149 penumpang warga Indonesia manakala selebihnya adalah penumpang warga asing termasuk seorang dari Malaysia dan pembantu juruterbang dari negara Perancis yang bernama Remi Emmanuel Plesel.

Pesawat itu dipercayai hilang di kawasan Teluk Pandan iaitu lokasi antara Belitung dan Kalimantan.

Berdasarkan senarai nama penumpang dan anak kapal yang diperoleh dari pihak Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, warga asing yang dipercayai menaiki pesawai itu adalah sebanyak tiga orang iaitu masing-masing seorang dari Singapura, Malaysia dan Jerman.

Data senarai anak kapal pesawat itu adalah

Kapten pesawat/Juruterbang: Iriyanto (Indonesia)

Pembantu juruterbang: Remi Emmanuel Plesel (Perancis)

Atendan kanan pesawat: Wanti Setiawati

Pramugari dan pramugara: Khairunisa Haidar Fauzi, Oscar Desano, Wismoyo Ari Prambudi

Jurutera pesawat: Saiful Rakhmad

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 1:24 PM