SITI Zulaihah menunjukkan tiga buku yang ditulisnya.
SITI Zulaihah menunjukkan tiga buku yang ditulisnya.
SITI Zulaihah (dua dari kiri) bersama rakan ketika masih menuntut di Korea.
SITI Zulaihah (dua dari kiri) bersama rakan ketika masih menuntut di Korea.
SITI Zulaihah ketika mengajar bahasa Korea selepas pulang ke Malaysia.
SITI Zulaihah ketika mengajar bahasa Korea selepas pulang ke Malaysia.
BERSAMA pensyarahnya di Korea.
BERSAMA pensyarahnya di Korea.
SITI Zulaihah (dua dari kiri) bersama rakan ketika belajar di Korea.
SITI Zulaihah (dua dari kiri) bersama rakan ketika belajar di Korea.
Nur Syazwana Mansor


Siapa sangka, pengalaman menetap selama lima tahun di Korea Selatan memberi kelebihan kepada graduan Inha University, Incheon, Siti Zulaihah Abd Karim menjana pendapatan dengan menerbitkan buku mengenai kehidupan masyarakat negara itu.

Siti Zulaihah atau dikenali sebagai Opah berkata, ilham itu timbul sejak dia pulang ke tanah air selepas tamat pengajian di Korea Selatan pada Februari 2015.

“Sebaik pulang ke tanah air, saya sering diajukan pelbagai pertanyaan bermula daripada cara menyambung pengajian ke sana hingga ke soalan berkaitan artis K-Pop.

“Letih juga untuk menjawab soalan sama setiap kali bertemu orang baru dan akhirnya timbullah idea untuk menerbitkan buku bertajuk Opah Gangnam Style.

“Lagipun, ramai rakan dan saudara-mara yang berminat mengetahui pengalaman saya di sana jadi penerbitan buku itu kaedah terbaik untuk berkongsi semua kisah suka dan duka,” katanya yang kini fasih bertutur serta menulis dalam bahasa Korea.

Gadis kelahiran Kampung Teloi Tua, Sik, Kedah berkata, dia minat menulis cerpen di blog sejak di bangku sekolah, jadi tiada masalah untuknya mengarang secara terperinci setiap peristiwa dialami sebelum, semasa dan selepas pulang dari Korea.

Berkongsi perkembangan terkini, Opah berkata, dia sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan pada masa sama menambah pendapatan dengan menjadi tutor sambilan.

“Ramai rakan di UniMAP minta mengajar bahasa Korea selepas tahu latar belakang saya yang pernah menuntut di sana.

“Bermula dari situ, saya mula mengajar mereka yang berminat dengan mengenakan caj RM3 seorang bagi tujuan mencetak kertas untuk proses pengajaran.

“Rezeki saya juga semakin bertambah apabila ditawarkan menjadi tutor Bahasa Korea oleh seorang pemilik pusat tuisyen bahasa di Arau, Perlis selain menerima jemputan berkongsi pengalaman bersama pelajar sekolah,” katanya yang dalam proses menghasilkan novel baru selepas menerbitkan ‘Bestfriend Forever’ dan Anugerah yang kini sudah berada di pasaran.

Dalam pada itu, Opah berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat menguasai bahasa asing hasil pengalamannya menuntut dan menetap di negara orang.

Katanya, bukan mudah untuknya fasih bertutur dan menulis dalam bahasa itu tetapi berjaya hasil usaha serta semangatnya yang tidak mudah berputus asa.

“Banyak kelebihan jika kita dapat menguasai banyak bahasa dan generasi muda seperti saya perlu merebut peluang bagi mempelajarinya.

“Siapa tahu, kelebihan itu menjadi batu loncatan untuk kita lebih maju atau mendapat peluang pekerjaan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 2:11 PM