PENYEDIAAN makanan yang kreatif membuatkan si manja lebih teruja untuk menikmati bekal di sekolah.
BEKAL berkhasiat buat si kecil amat penting bagi membantu mereka kekal fokus dan bertenaga sepanjang di sekolah.
Nor Faizah Mohamed


Beg baru, kasut baru, buku baru dan kalau boleh semuanya ingin serba baru. Sememangnya hari pertama persekolahan mengundang pelbagai ragam dan kerenah si anak terutama bagi mereka yang teruja untuk menempuh alam baru.

Bagi yang pertama kali ke sekolah, pengalaman berkenalan dengan rakan baru dan belajar secara formal pastinya menjadi momen atau detik menyeronokkan.

Oleh itu, inilah masanya untuk ibu bapa meneroka azam tahun bersama anak, di samping mengamalkan tabiat yang baik dan gaya hidup sihat.

Antara tabiat mudah ialah bangun 10 minit lebih awal untuk sama-sama mengemas tempat tidur, membantu mencuci pinggan kotor selepas sarapan atau menyediakan sarapan bersama.

Pastinya setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada si manja agar mereka cemerlang dalam apa jua yang dilakukan di sekolah.

Menyediakan bekal berkhasiat buat anak juga bukan sahaja dapat memastikan mereka mempunyai tenaga mencukupi, malah salah satu cara untuk menunjuk kasih sayang ibu bapa kepada si kecil.

Bagaimanapun, amalan ini sering mengundang salah faham bahawa ia memakan masa yang lama dan membabitkan proses penyediaan panjang.

Berikut beberapa petua dan resipi mudah untuk membolehkan golongan ibu menyediakan bekal berkhasiat buat anak mereka bagi membantu si kecil kekal fokus dan bertenaga semasa di sekolah.

Tip penyediaan mudah

1. Sediakan senarai menu

Sediakan senarai menu pilihan makanan untuk dibawa ke sekolah selama seminggu. Ini akan membantu anda mengenal pasti bahan masakan dengan mudah dan mengelakkan pembaziran.

Anda juga boleh membabitkan anak dengan memintanya memberikan cadangan mengenai makanan kegemaran mereka. Dengan cara ini anda bukan saja boleh membeli bahan masakan yang diperlukan malah menjimatkan masa.

Pada masa sama, anda juga dapat memenuhi selera si kecil. Jangan lupa untuk menambah pek minuman MILO UHT ke dalam senarai pembelian sebagai kombinasi bijak bekalan makanan anak anda.

2. Penyediaan awal bahan untuk bekal makanan

Ambil masa selama satu jam setiap Ahad untuk menyediakan bahan bekal makanan si kecil anda. Sebagai contoh:

• Pastikan anda mempunyai bahan asas.

• Bersihkan sayur-sayuran atau buah-buahan lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk.

• Selain menggunakan pisau dan papan pemotong, cuba gunakan gunting untuk menjimatkan masa.

• Masukkan dalam bekas bahan yang sudah dipotong dan bahagikannya untuk kegunaan harian.

• Jika bahan anda perlu diperap, lakukannya sehari lebih awal. Rasanya juga akan lebih sedap.

• Apabila membuat persiapan, cuba gunakan bahan yang mudah dimasak dan boleh disimpan dalam tempoh lama.

Pelbagaikan pilihan makanan walaupun daripada kumpulan makanan yang sama seperti:

- Protein: Dada ayam, daging cincang, dada daging atau filet ikan

- Karbohidrat: Bijirin, beras perang, nasi, pasta, tortilla dan roti mil penuh.

- Vitamin: Buah-buahan seperti belimbing, kiwi dan anggur serta sayur-sayuran seperti brokoli.

3. Persembahan sangat penting

Gunakan kreativiti anda untuk menyusun bekalan makanan si manja. Menambah warna dan menghasilkan bentuk yang kreatif akan membuatkan kanak-kanak tidak sabar untuk membuka bekas makanan ketika waktu rehat di sekolah.

Ia juga boleh menjadi satu cara terbaik untuk menggalakkan kanak-kanak makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mereka sering ketepikan sebelum ini.

Dengan Internet hanya di hujung jari, mencari resipi juga menjadi lebih mudah. Apabila anda berasa semakin selesa untuk menyediakan bekal makanan si anak, anda juga boleh mencuba menghasilkan resipi sendiri dan terokai kreativiti anda dengan penyediaan bekal yang menarik.

Jangan lupa, sertakan satu pek MILO UHT yang mudah untuk dibawa bersama bekal makanan atau diletakkan di dalam beg sekolah.

MILO mengandungi Activ-Go , satu kombinasi unik PROTOMALT, mineral dan vitamin seperti vitamin B untuk pembebasan tenaga yang lebih cekap.

Selain itu, ia turut mengandungi kalsium untuk gigi dan tulang yang kuat serta vitamin C bagi meningkat­kan lagi penyerapan zat besi dalam makanan.

Untuk lebih banyak tip nutrisi dan idea bekal ­makanan ke sekolah, boleh layari www.milo.com.my.

Resipi mudah untuk ibu

Salah seorang pengurus Kumpulan Komuniti Facebook Kelab Bekal/Bento Malaysia, Yan Diana, yang juga ibu kepada empat cahaya mata berkongsi resipi ringkas untuk golongan ibu berkerjaya.

Bahan:

• Keju

• Rumpai laut

• Hirisan ayam

• Roti baguette

• Buah-buahan (jambu dan oren)

• Kekacang

Cara :

• Potong roti baguette dan susun hirisan ayam diatas roti. Masukkan ke dalam bekas bekal makanan.

• Gunakan keju dan rumpai laut untuk menghias bekalan makanan anda dengan watak kartun kegemaran si anak dan letakkan diatas roti baguette.

• Masukkan buah-buahan seperti jambu, oren dan kekacang untuk memberi warna yang menarik dalam bekas makanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 4:03 PM